Tuesday, June 8, 2010

TESTIMONI SET NR


~TESTIMONI PENGGUNA~

No.1
Hasilnya....Alhamdulillah "

Sewaktu mula-mula melahirkan anak (almaklumlah, pengalaman pertama), saya berasa sangat takut untuk pergi ke bilik air. Sehinggakan selama 2-3 hari, saya menahan diri daripada melakukan "aktiviti" tersebut. Ini semua gara-gara rasa nyiluuuuu + ngeriiii dan takut jahitan terbuka...
Selepas saya pulang dari wad, ada orang telah mengesyorkan saya mengambil set bersalin NR . Dengan segera, saya pun mencubanya.
Hasilnya...Alhamdulillah, selepas itu saya LANGSUNG tak takut melakukan "aktiviti" tersebut ( yang sememangnya tidak dapat di elakkan). Pembuangan air besar menjadi sangat mudah. Tak sedikit pun rasa sakit, apatah lagi menggangu luka jahitan.
Thanks NR ! I love you VERY MUCH!!!"

Ikhlas,
lia

*Berat semasa mengandung : 74 kg
Berat selepas bersalin : 54 kg

( Turun 20 kg )



No.2

Waktu saya berkahwin Mac tahun lepas, berat saya 80 kg. Semasa hamil, berat saya mencecah 95.5 kg. Selepas bersalin dan mengamalkan pemakanan set bersalin NR yang di syorkan , saya telah kembali kepada berat asal badan saya.
Saya amat berpuas hati dengan produk ini kerana dalam masa 2 minggu sahaja selepas bersalin, berat saya telah kembali pada yang asal.


Produk ini juga bagus kerana saya tidak mendapat sembelit yang selalu berlaku kepada ibu-ibu yang baru bersalin dan pembuangan air yang berlebihan dapat di kurangkan dengan begitu cepat sekali".
Puan

*Berat semasa mengandung : 95.5 kg
Berat selepas bersalin : 79 kg
( Turun 16 kg )


No. 3

alhamdulillah selepas guna set NR , saya berasa sangat sihat dan segar semasa tempoh berpantang..saya gunakan sampai habis..terutamanya phytonatal..sampai sekarang saya masih mengambil jamu tersebut. semua item dalam set tersebut memang mesra pengguna..tak perlu sya menutup hidung untuk memakan jamu-jamu yang pahit..teh herbanya senang diminum.. dulu semasa mengandung berat saya mencecah sehingga 75 kg..dan selepas bersalin, turun hingga 65 kg dan sekarang berat badan saya adalah 52 kg..syukur alhamdulillah.. rakan sekerja pun banyak memuji perubahan saya..saya sangat berterima kasih kepada NR dan juga akak.. owh..nursing bra yang saya beli dari akak pun sangat selesa bila dipakai dan sangat memudahkan proses penyusuan..materialnya sangat lembut..tqvm..

dari
cikgu nik azie,
bandar puteri klang.



No. 4
" Saya adalah ibu kepada tiga orang anak lelaki yang kesemuanya dilahirkan melalui pembedahan. Sewaktu berpantang melahirkan anak ketiga, saya telah menggunakan set bersalin NR seperti yang disyorkan.

Pada akhir kehamilan, berat badan saya meningkat sebanyak 72 kg. Kemudian, pada dua bulan pertama penggunaan set bersalin NR berat badan saya telah turun kepada 62 kg. Oleh kerana saya bersalin melalui pembedahan, saya telah melewatkan sedikit penggunaan bengkung bersalin iaitu pada bulan ketiga.
Saya menggunakan bengkung bersalin NR setiap hari pada waktu malam memandangkan saya bekerja di siang hari dan alhamdulillah berat badan saya kini 60 kg. Saya bercadang meneruskan pengambilan sebotol lagi pil phytonatal selepas ini. Ini kerana dengan pengambilan pil ini dapat menggalakkan penghasilan susu badan, melawaskan pembuangan air besar, mengawal berat badan dan dapat mengekalkan kesegaran tubuh badan sepanjang hari.

Saya juga mengaplikasikan kesemua kandungan dalam set bersalin lengkap NR dan amat berpuas hati terhadap hasilnya. Selain memudahkan proses berpantang, saya tidak perlu bersusah payah menelan atau meminum jamu yang pahit kerana segalanya telah dipermudahkan oleh NR .

Terima kasih kepada yang telah memberikan panduan untuk saya melalui pengalaman menarik berpantang dengan NR . Insyaallah pada kelahiran seterusnya (terakhir) saya akan menggunakan set bersalin ini. "

0 comments: